Program Latihan Dalaman Guru-guru AGS bagi tahun 2023,, sudah selesai. Sesi ini merupakan kursus terakhir bagi tahun 2023 untuk semua guru Al Ghazali Special Kids Care Centre. Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan,, Puan Sharifah Salleh, Pengetua Ideas Autism Centre dan Cik Akhirah, Agent BSN Prudential, yang sudi meluangkan masa menyertai Program ini.
Berikut Merupakan antara acara yang dijalankan semasa program berlangsung:
- Membina Guru Cemerlang dan Professional – Puan Sharifah Salleh, Pengetua Ideas Autism Centre
- Perlindungan Takaful Untuk Diri dan Keluarga – Cik Akhirah, Agent BSN Prudential
- Siapa Kamu Pada Masa Hadapan – Pengasas AGS
- Penyerahan Sijil dan Gold Bar Best Staff of The Month Mei, Jun, Julai dan Ogos.
Antara sijil yang disampaikan ialah
- Sijil Penyertaan Guru Untuk Program Terapi Berenang
- Sijil Penyertaan Guru Untuk Program Memanah
- Sijil Penyertaan Guru Untuk Terapi Berkuda
- Sijil Penyertaan Guru Untuk Program Pergigian
- Serta Sijil Penyertaan Guru Untuk Lawatan Pelajar.
Di sini kami kongsikan galeri foto semasa program ini berlangsung