Program Lawatan Sekolah AGS 2023 yang diadakan pada hujung minggu lalu ini telah disertai oleh ana-anak AGS seramai 40 orang terdiri daripada Program SBP AGS Selayang dan Cheras. Antara tempat yang dikunjunginya oleh mereka adalah Pusat Sains Negara, KL Bird Park serta Aquaria KLCC. Inisiatifnya ialah bertujuam untuk meningkatkan daya tahap keyakinan anak-anak dalam bersosial di persekitaran luar serta mendapat pengalaman bagi menambahh pengetahuan am mereka melalui info pelajaran yagn diperolehi sewaktu melawat di setiap lokasi lawatan tersebut. Terima kasih buat pihak penganjur serta para pendidik AGS yang bersama-sama menjayakannya dan semoga anak-anak gembira dengan lawatan ini.
Disini kami kongsikan galeri foto semasa program berlangsung