Tarikh: 18 Disember 2022
Lokasi: Dewan Kuliyyah of Enginering, UIA Gombak
Sebagai penutup persekolahan pada tahun ini, AGS telah menggadakan Karnival Kecemerlangan AGS 3.0. Terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir bagi memeriahkan majlis di Karnival yang telah berlangsung pada 18 Disember 2022. Semoga semangat Cinta, Sayang dan Ikhlas ini terus dijadikan satu ukhwah positif bagi kita bersama untuk terus menggembirakan anak-anak sekalian. terima kasih keluarga besar AGS.
Terima kasih juga kepada barisan pengurusan, guru-guru AGS, para VIP, sukarelawan, peniaga tapak jualan karnival, pengacara majlis, Uncle badut, kru teknikal UIA, Ibubapa serta anak-anak AGS yang diraikan telah menjayakan serta memeriahkan lagi penganjuran karnival ini. Semoga terdapat banyak keberkatan yang dilimpahi olehNya kepada kita semua, Amin.
Selain dari penyampaian sijil penghargaan kepada anak-anak yang telah berjaya menamatkan pembelajaran bagi sesi persekolahan 2022, para guru, pengurusan serta anak-anak AGS turut melakukan beberapa persembahan khas bagi memeriahkan lagi majlis. Berikut, kami kongsikan galeri foto sepanjang karinval ini diadakan.
Sesi penyampaian sijil kepada anak-anak AGS
Berikut merupakan gambar persembahan dari anak anak serta pengajar AGS
Di bawah merupakan gambar peniaga tapak semasa Karnival Kecemerlangan AGS